Monday 28 January 2013

bahasa malaysia:sambungkan karangan


Tulis sebuah cerita berdasarkan perenggan pendahuluan berikut:


   Aku melihat doktor muda itu tergesa-gesa keluar dari bilik pembedahan yang menempatkan ibu.Ayah meluru ke arahnya.Aku tidak mendengar perbualan mereka,namun aku dapat mengagak bahawa ibu dalam keadaaan kritikal.Apabila doktor itu berlalu,aku dipapah oleh datuk dan nenek segera merapati ayah.Aku bertanyakan keadaan ibu.Ayah tidak menjawab sebaliknya terus memelukku.

       Ayah, datuk dan nenekku kelihatan sedih ketika aku dipeluk oleh ayah.Aku dibawa masuk ke dalam suatu bilik yang dipenuhi oleh orang sakir.Di dalam bilik itu ade pesakit yang mengidapi penyakit kanser, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain.Penyakit itu semua masih  ada lagi peluang unttuk diubati.Ketika tiba di katil ibuku,aku seakan-akan terkejut apabila melihat badan ibuku dipenuhi oleh wayar.

     Tiba-tiba danyutan jantung ibuku makin menurun lalu ayah bergegas memanggil doktor.Doktor itu memeriksa denyutan jantung ibuku lalu membawanya ke wad ICU.Ayahku kelihatan gelisah dan risau ketika melihat keadaan ibuku begitu.Ayahku meminta pertolongan dari datuk dan nenek untuk menjagaku selama beberapa hari.

    Aku telah tinggal dengan datuk dan nenek selama seminggu tetapi masih lagi tiada berita tentang ibu.Setiap malam datuk membawaku ke masjid untuk solat berjemaah berasama orang-orang kampung.Pada malam jumaat selepas solat isyak datuk menjemput para jemaah datang ke rumah untuk majlis bacaan yassin dan doa selamat.Ayah menelefon datuk dan memberitahu bahawa keadaan ibu telah kembali stabil.

     Selepas solat jumaat datuk dan nenek membawa ku ke hospital.Kini keadaan ibu kelihatan lebih baik dari sebelum ini.Ayah tiada disitu kerana dia ada kerja yang amat penting di tempat kerja.Pada malam itu aku tidak mahu pulang kerana ingin menemani ibu.Ketika aku tidur ada seorang wanita berjubah putih dan mempunyai wajah seperti ibu didalam mimpiku.Wanita itu memberitahu supaya aku jangan bersedih.Tiba-tiba wanita itu hilang lalu aku pun terjaga dari tidur.

      Ketika aku terjaga ibu telah sedar dan boleh bersembang dengan aku.Kami semua berasa gembira.Datuk memberitahu ayah berita gembira itu.Kami telah melakukan kenduri kesyukuran dan aku amat bersyukur pada Allah.Kini ibu telah sihat semula dan keluargaku telah kembali bahagia.

=macam-mana karangan saya betul ke tidak,kalau ada salah tolong tunjukkan. 



${Terima kasih kerana membaca pos saya}${kalau suka tekan like}

Thursday 24 January 2013

homework and homework



hai reader apa khabar sihat ke?? saya sihat saja..fuhh lama betul saya tak update dah lame-lame-lame sangat..maklumlah sekarangkan waktu bersekolah memang susah nak update..asyik sibuk je memanjang sampai tak menyempat...

beberape minggu banyak sangat kerja rumah saya tambahan lagi kerja rumah bahasa malaysia..kalau kerjanya kena siapkan dekat luar kelas  *perh malu betul*..tak sanggup eden nak nanggung rase maluny..kalau ada orang nampak saya kena denda mesti sehari mereka tanaya saya kenapa duduk luar kelas..kalau waktu sains memang lawak habis cikgu yang mengajar saya memang suka sangat buat lawak sampai sakit perut..dalam lawak ada juga kerja rumah nya..tahun ini memang banyak kerja rumah dengan kerja sekolah...

alamak kerja rumah seni tak siap lagi habislah..baiklah sampai disini sajalah cerita saya...




${Terima kasih kerana membaca pos saya}${kalau suka tekan like}

Tuesday 1 January 2013

Selamat menyambut tahun baru 2013

Aku ceraikan 2012 dengan talak satu dan aku terima nikahnya 2013 Binti 365 hari dengan hantaran sebanyak 12 bulan..tahun baru ✔azam baru✔baju baru✔kasut baru✔beg baru✔
hai reader lama saya tak update awak semua macam mana sihat? saya sihat saja..pejam celik pejam celik rupanya kita dah nak tinggal tahun 2012 dan 2013 pula yang mendatang..banyak kenangan pahit dan manis yang telah kita lalui pada tahun 2012..dunia kita telah digemparkan oleh cerita tentang akan berlakunya hari kiamat pada tahun 2012 tetapi ituu hanyalah ramalan semata-mata..
                                                
marilah kita bersyukur kerana kita masih lagi hidup..tepat pada pukul 12 nanti marilah kita tutup buku lama dan membuka buku yang baru..buku yang lama boleh disimpan saja sebagai kenangan..seperti saya selepas saja pukul 12 nanti saya akan membuka buku yang baru dalam hidup saya dan akan ada aizad yang baru..siapa tahu saya boleh berubah awak semua pun pasti boleh berubah juga :) .. 
saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada kakak saya kerana tepat pukul 12 nanti akan memasuki tarikh lahir nya iaitu pada 1.1.**** 
with my brother during my sister konvoksyen

${Terima kasih kerana membaca pos saya}${kalau suka tekan like}