Tuesday 13 November 2012

hari akhir persekolahan

hai semua lama tak jumpa macam mana cihat?? saya sihat je..saya nak minta maaflah sebabnya update cerita pasal hujung tahun lambat sangat..maklumlah kalau nak cuti ni perasaan nak enjoy berkobar-kobar la dikatakan..tapi baru hari pertama cuti pun dah rasa bosan inikan sebulan lebih nanti nak buat apa pun tak tahu..kita tutup cerita pasal tu kita buka pasal hari akhir persekolahan

Tuzki Bunny EmoticonTuzki Bunny Emoticon
selingan je

waktu hari akhir sekolah tu semua orang buat baik je tapi ada juga yang buat jahat maklum la hari akhir..yang paling paling gembiranya siapa yang bawa barangan yang terlarang pada hari akhir tu kena rampas..ada juga yang tak kena rampas sebabnya mereka pandai sorokan baranganya..banyak juga barang yang dirampas seperti telefon,laptop dan lain-lain lagi..saya rasa hari akhir di sekolah menengah syok juga kawan pun ramai..tahun depan harap-haraplah dapat berjumpa dengan mereka lagi..tapi saya berasa sedih juga kerana guru kesayangan saya telah berpindah.. 

ustaz safwan

ustaz safwan adalah seorang ustaz yang hebat bagi saya dan rakan-rakan sekelas saya..ustaz safwan selalu berikan kami kata-kata penoman,menceritakan sejarah nabi dan sentiasa berusaha mengajar kami..ustaz safwan jugalah yang telah menjemput imam muda nazrul dan juga imam muda hassan ke sekolah kami..ustaz safwan juga selalu mebuat lawak jenaka ketika mengajar kami

cikgu safiah@mak angkat

cikgu safiah adalah seorang guru bahasa malaysia yang garang tetapi hatinya baik..dia telah menjadikan saya sebagai anak angkatnya di sekolah..pemergiannya ke sekolah lain telah membuat saya rasa sedih (perh ayat sedih betul)..cikgu pun tak nampak sedih saya punn kenalah tak nampak sedih..cikgu safiah selalu berikan kerja rumah yang banyak walaupun begitu cikgu safiah hanya menjalankan tugasnya untuk mengajar dan menjadikan seorang murik yang cemrlang..waktu cikgu safiah bagi kerja rumah je mesti ada yang macam ini merungut kerja banyak dan tak buat kerja rumah..

Tuzki Bunny Emoticonselamat tinggal kepada ustaz safwan dan juga cikgu safiah semoga dapat pelajar yang baik dan mendengar kata..sampai sini sajalah coretan saya pada masa ini selamat tinggal :)




${Terima kasih kerana membaca pos saya}${kalau suka tekan like}