Saturday 25 May 2013

it's HOLIDAY!!

hai reader lama tak jumpa amcam sihat?? Pejam celik-pejam celik dah cuti bulan 5.. Masa berlalu dengan cepat macam kelajuan kereta ferrari.. Cuti nie series saye cakap memang banyak homework.. Cikgu bagi homework memang la untuk bagi saye ingat je ape yang saye dah belajar tapi homework nye berbukit-bukit.. Kalau tak nak buat homework berbukit-bukit memang tak boleh la nak gune perkataan nie "sikit-sikit lama-lama jadi bukit".. Walau apa pun saye ingin mengucapkan terima kasih cikgu sebab bagi homework berbukit-bukit..hahaha.. Cuti tetap cuti saye nak rehat je cuti 2 minggu nie.. Dah banyak  rancangan saye buat untuk cuti nie.. Jangan cancel dah la.. Sebelum cuti sekolah ade seorang budak perempuan die kate die suka dekat saye then die ade mintak kapel tapiii saye tak tahu la nak terima ke tak... Sesiapa tolonglah saye!! Baiklah sampai di sini saja coretan saya buat masa ini..rase nye cuti nie saye nak buat macam dalam MR.Bean Holiday la...hahaha...


${Terima kasih kerana membaca pos saya}${kalau suka tekan like}

Thursday 25 April 2013

Gwiyomi?!!

hai reader ape khabar sihat?? saya sihat-sihat saja..dah lama saya tak update blog dh berkurun rasanya..maklumlah beberapa bulan ni saya sibuk sikit..saya sibuk tengok video gwiyomi..bila saya tengok rasa teringin je nak buat video nye..

beberape minggu lepas kawan saya ada cerita pasal music video yang bertajuk GWIYOMI dengar dia cerita macam best..bila saya tengok sendiri lawak pun ade comel pun ade..lagu gwiyomi ni berasal dari korea, lagu nie macam Oppa Ganggam Style  jugalah sebab dia boleh berikan impak yang besar kepada semua orang tidak ketinggalan juga Harlem Shake..ada satu video tu dia minta artis Malaysia untuk buat video gwiyomi antaranya Wawa Zainal,Lisa Surihani,Nora Danish,Yana Samsudin,Diana Danielle dan juga mana-mana artis yang berminat..artis Malaysia yang telah buat video gwiyomi adalah Wawa Zainal,Nora Danish,Elfira Loy dan juga Faizal Ismail (FBI)..layanlah video ni semua..





 

${Terima kasih kerana membaca pos saya}${kalau suka tekan like}

Saturday 9 February 2013

layan cerita malam nie

hye guy apa khabar sihat ke semua? saya sihat saja..malam nie punya cerita sempena tahun baru cina memang layan dekat tv2: shoalin soccer, tv3: suamiku jururawat, astro prima: sini ada hantu!..dalam satu masa boleh layan 2 genre movie comedi dengan seram..sini ada hantu tu ade part yang lawak tapi sikit saja yang banyak tu part seram tajuknya pun dah seram inikan cerita nya pula..kalau nak senang bacalah sinopsis ceritanya..
shoalin soccer:
sinopsis bagi cerita ini:
Pasukan Shaolin yang baru ditubuhkan memasuki persaingan piala terbuka di Hong Kong, di mana mereka mencatatkan kemenangan berturut-turut dan tidak masuk akal sering berat sebelah. Mereka akhirnya Pasukan  Kejahatan  mesyuarat 'dalam perlawanan akhir. Pasukan Kejahatan, diterajui oleh tidak lain daripada musuh lama Fung, Hung, yang dipasang skuad pemain yang telah disuntik dengan dadah Amerika, memberikan mereka kekuatan luarbiasa dan kelajuan, membuat mereka praktikal kebal. Pasukan Shaolin, yang telah steamrolled lawan awal mereka, dibawa kembali kepada realiti apabila keupayaan menakjubkan Pasukan Kejahatan membuktikan lebih daripada perlawanan untuk mereka. Pada saat yang kritikal, apabila tangan kosong Pasukan Shaolin dan Baju Besi cedera teruk semasa perlawanan, Mui muncul semula dengan dicukur kepalanya dan mukanya bebas jerawat untuk memastikan matlamat untuk Pasukan Shaolin. Dalam persediaan untuk serangan terakhir dan paling berkuasa, penyerang Pasukan Kejahatan melompat ke langit dan tenaga menyeru roh jahat kegelapan, menjadikan bola ke dalam bulatan yang bercahaya. Mui perlahan-lahan mengambil Tai chi cambuk postur tunggal untuk melindungi terhadap ancaman dan saluran qi beliau dalam bentuk simbol Yin-yang. Selepas itu apakah yang akan berlaku kepada Pasukan Shaolin...
suamiku jururawat:
sinopsis bagi cerita ini:

Mengisahkan Mikhail anak tunggal Haji Abdul . Bapanya seorang tukang kebun di kediaman Dato' Shahrizal dan Datin Ila . Mikhail bercita-cita menjadi seorang doktor . Oleh kerana keputusan SPM Mikhail tidak memuaskan , Mikhail hanya mampu belajar dalam bidang kejururawatan saja . Setelah menjadi pelajar jururawat , bapa Mikhail meninggal dunia . Dato' Shahrizal nekad mengambil Mikhail sebagai anak angkat dan tinggal sebumbung bersamanya . Dato' Shahrizal sangat menyayangi Mikhail sehingga Datin Ila mencemburuinya . Mikhail kemudian dijodohkan dengan gadis pilihan ayahnya iaitu Suri seorang doktor . Walaupun tak rela , mereka berkahwin juga . Tanpa diduga , Suri dan Mikhail bekerja di hospital yang sama . Suri tidak mahu dikenali sebagai isteri Mikhail di hospital . Pada masa yang sama , Mikhail cemburu melihat Suri rapat dengan doktor lelaki di sana. Doktor lelaki itu bernama fitri dia adalah salah seorang daripada kawan lama Suri. Selepas itu apakah yang akan berlaku...


sini ada hantu:
sinopsis bagi cerita ini:
Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dimana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereke bersetuju.Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya ‘Hantu Pokok Pisang’… kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang.Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik , Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula ‘Hantu Nombor Ekor’ Kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.Apabila Ah Meng habis bercerita, Bakri memberitahu Ah Meng cerita hantu cina lagi tak logik. Bakri memberitahu Ah Meng yang dia mempunyai cerita lain, tapi kali ini cerita ini mengisahkan hantu dari luar negera.Ah Meng mula bercerita tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kemudian mendapati mereka semua takut pergi ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Jelmaan hantu Jepun sering berkeliaran pada waktu malam.Ketika Ah Meng ingin menceritakan kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku…

baiklah itu sajalah coretan saya buat masa sekarang selamat menyambuat tahun baru cina..GONG XI FA CHAI..


ingat tomok je bole buat tarian singa saya pun boleh la




${Terima kasih kerana membaca pos saya}${kalau suka tekan like}

Monday 28 January 2013

bahasa malaysia:sambungkan karangan


Tulis sebuah cerita berdasarkan perenggan pendahuluan berikut:


   Aku melihat doktor muda itu tergesa-gesa keluar dari bilik pembedahan yang menempatkan ibu.Ayah meluru ke arahnya.Aku tidak mendengar perbualan mereka,namun aku dapat mengagak bahawa ibu dalam keadaaan kritikal.Apabila doktor itu berlalu,aku dipapah oleh datuk dan nenek segera merapati ayah.Aku bertanyakan keadaan ibu.Ayah tidak menjawab sebaliknya terus memelukku.

       Ayah, datuk dan nenekku kelihatan sedih ketika aku dipeluk oleh ayah.Aku dibawa masuk ke dalam suatu bilik yang dipenuhi oleh orang sakir.Di dalam bilik itu ade pesakit yang mengidapi penyakit kanser, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain.Penyakit itu semua masih  ada lagi peluang unttuk diubati.Ketika tiba di katil ibuku,aku seakan-akan terkejut apabila melihat badan ibuku dipenuhi oleh wayar.

     Tiba-tiba danyutan jantung ibuku makin menurun lalu ayah bergegas memanggil doktor.Doktor itu memeriksa denyutan jantung ibuku lalu membawanya ke wad ICU.Ayahku kelihatan gelisah dan risau ketika melihat keadaan ibuku begitu.Ayahku meminta pertolongan dari datuk dan nenek untuk menjagaku selama beberapa hari.

    Aku telah tinggal dengan datuk dan nenek selama seminggu tetapi masih lagi tiada berita tentang ibu.Setiap malam datuk membawaku ke masjid untuk solat berjemaah berasama orang-orang kampung.Pada malam jumaat selepas solat isyak datuk menjemput para jemaah datang ke rumah untuk majlis bacaan yassin dan doa selamat.Ayah menelefon datuk dan memberitahu bahawa keadaan ibu telah kembali stabil.

     Selepas solat jumaat datuk dan nenek membawa ku ke hospital.Kini keadaan ibu kelihatan lebih baik dari sebelum ini.Ayah tiada disitu kerana dia ada kerja yang amat penting di tempat kerja.Pada malam itu aku tidak mahu pulang kerana ingin menemani ibu.Ketika aku tidur ada seorang wanita berjubah putih dan mempunyai wajah seperti ibu didalam mimpiku.Wanita itu memberitahu supaya aku jangan bersedih.Tiba-tiba wanita itu hilang lalu aku pun terjaga dari tidur.

      Ketika aku terjaga ibu telah sedar dan boleh bersembang dengan aku.Kami semua berasa gembira.Datuk memberitahu ayah berita gembira itu.Kami telah melakukan kenduri kesyukuran dan aku amat bersyukur pada Allah.Kini ibu telah sihat semula dan keluargaku telah kembali bahagia.

=macam-mana karangan saya betul ke tidak,kalau ada salah tolong tunjukkan. 



${Terima kasih kerana membaca pos saya}${kalau suka tekan like}

Thursday 24 January 2013

homework and homework



hai reader apa khabar sihat ke?? saya sihat saja..fuhh lama betul saya tak update dah lame-lame-lame sangat..maklumlah sekarangkan waktu bersekolah memang susah nak update..asyik sibuk je memanjang sampai tak menyempat...

beberape minggu banyak sangat kerja rumah saya tambahan lagi kerja rumah bahasa malaysia..kalau kerjanya kena siapkan dekat luar kelas  *perh malu betul*..tak sanggup eden nak nanggung rase maluny..kalau ada orang nampak saya kena denda mesti sehari mereka tanaya saya kenapa duduk luar kelas..kalau waktu sains memang lawak habis cikgu yang mengajar saya memang suka sangat buat lawak sampai sakit perut..dalam lawak ada juga kerja rumah nya..tahun ini memang banyak kerja rumah dengan kerja sekolah...

alamak kerja rumah seni tak siap lagi habislah..baiklah sampai disini sajalah cerita saya...




${Terima kasih kerana membaca pos saya}${kalau suka tekan like}

Tuesday 1 January 2013

Selamat menyambut tahun baru 2013

Aku ceraikan 2012 dengan talak satu dan aku terima nikahnya 2013 Binti 365 hari dengan hantaran sebanyak 12 bulan..tahun baru ✔azam baru✔baju baru✔kasut baru✔beg baru✔
hai reader lama saya tak update awak semua macam mana sihat? saya sihat saja..pejam celik pejam celik rupanya kita dah nak tinggal tahun 2012 dan 2013 pula yang mendatang..banyak kenangan pahit dan manis yang telah kita lalui pada tahun 2012..dunia kita telah digemparkan oleh cerita tentang akan berlakunya hari kiamat pada tahun 2012 tetapi ituu hanyalah ramalan semata-mata..
                                                
marilah kita bersyukur kerana kita masih lagi hidup..tepat pada pukul 12 nanti marilah kita tutup buku lama dan membuka buku yang baru..buku yang lama boleh disimpan saja sebagai kenangan..seperti saya selepas saja pukul 12 nanti saya akan membuka buku yang baru dalam hidup saya dan akan ada aizad yang baru..siapa tahu saya boleh berubah awak semua pun pasti boleh berubah juga :) .. 
saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada kakak saya kerana tepat pukul 12 nanti akan memasuki tarikh lahir nya iaitu pada 1.1.**** 
with my brother during my sister konvoksyen

${Terima kasih kerana membaca pos saya}${kalau suka tekan like}